*

Tuesday, 29 November 2011

Aura Warna Mengikut Hari

Aura Warna Mengikut Hari
  

ISNIN
Putih
(Gabungan/ istirehat/ pertahanan)
Warna putih merupakan warna yang merangsang kelenjar Pineal dan kelenjar Pitutary. Menurut teori warna putih ini, seseorang itu perlu mempunyai tidur yang cukup untuk menghadapi hari Isnin. Kerana tidur yang tak cukup akan membuatkan badan terasa lemah dan malas untuk berkerja atau ke kelas. Hari Isnin merupakan hari yang baik untuk pencetusan idea baru di mana kekuatan hari Isnin adalah lebih reatif dan efisyen.

Jika diperhatikan, pada hari Isnin juga, pohon bunga yang berwarna putih juga akan lebih mekar berbanding hari lain. Begitu juga jika ingin menanam pokot itu, pokok berbunga putih akan lebih sukar untuk hidup jika ditanam pada hari lain.

Bagi doktor dan pesakit pula, rawatan yang sesuai dijalankan pada hari ini adalah penyakit lemah semangat, kelesuan, tiada keyakinan diri, halusinasi, nyanyuk dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan kelenjar Pitutary dan Pineal.


SELASA
Pink atau Violet
(Kesucian rohani)
Warna pink pula mempunyai perkaitan dengan bahagian Thalamus. Thalamus berperanan sebagai penjaga kasih sayang dan penghayatan. Hari ini juga merupakan hari yang paling sesuai untuk beremosi (bukan marah-marah ya), tapi untuk meluahkan perasaan kasih sayang. Hari ini juga sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana jika berlaku kesesatan sekalipun, ianya dapat diimbangi dengan daya penghayatan yang tinggi pada hari ini.

Jadi, jika kalian memakai pakaian berwarna pink, kuasa pujukan juga akan bertambah kuat. Jangan pula pakai warna merah ya (maaf la kaum Adam sekalian ya hehe) kerana mereka yang dipujuk akan menentang semula.

Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari ini adalah migrain, attention-deficit / hyperactivity disorder (kanak-kanak yang bermasalah) atau yang berkaitan dengan bahagian otak Thalamus.



RABU
Biru
(Kasih sayang/ tumpuan)

 Untuk hari ini, ia merangsang kelenjar Tiroid dan mempunyai hubungan yang baik dengan muzik. Kalau ikut ilmu kedoktoran, pada hari ini, paras hormone thyroxine akan dirembes dalam kadar yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan kata-kata secara lebih berkesan. Oleh itu, hari ini merupakan hari yang terbaik untuk berucap, bercakap, berhujah, bersidang, berpidato dan apa-apa sahaja la ang berkaitan dengan ‘percakapan’.

Rujukan para doktor, hari ini kalian sesuai untuk merawat penyakit beguk, tongsel, kerongkong dan semua yang berkaitan dengan tiroid.



KHAMIS
Kuning atau Oren
(Pemikiran/ tenaga)
Warna kuning mampu merangsang sistem penghadaman, manakala warna oren adalah warna kesuburan. Pada hari ini, kalian tidak digalakkan untuk makan terlalu banyak pada waktu siang untuk bagi peluang kepada sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. Maka, sistem penghadaman dapat menghadan segala sisa makanan dalam badan untuk menjadi zat dan tenaga. Pada hari ini juga, asid folik yang amat sukar untuk dihasilkan pada hari biasa tapi akan aktif pada hari ini...

Warna oren juga meransang sistem kesuburan lelaki dan wanita. Oleh itu, sesuai untuk pasangan suami isteri. Cuba kita pandang balik kepada ajaran Islam. Ada benarnya kan – subhanallah


JUMAAT
Hijau
(Keseimbangan/ iman)
Warna hijau pula mempunyai tenaga yang baik terhadap jantung dan paru-paru. Pada hari Jumaat, klorofil juga akan aktif membebaskan oksigen. Maka, hari ini juga merupakan hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah. Biasanya, pada hari lain kita akan mudah terasa lemas jika berada dalam kesesakan orang ramai. Dan fungsi pernafasan yang baik pada hari ini membolehkan kita berhimpit-himpitan di dalam masjid untuk menunaikan solat Jumaat – bagus sekali kombinasi ini dengan Islam.


SABTU
Merah
(Keberanian/ tuah/ kemewahan)
Mempunyai hubungan dengan usus, otot, darah, tulang dan saraf. Hari sabtu merupakan hari yang paling sesuai untuk bersosial dan menjalankan aktiviti lasak. Hari ini merupakan hari yang sesuai untuk menjalankan rawatan kardiovaskular dan paru-paru kerana paras oksigen dalam atmosfera yang tinggi.


AHAD
Hitam
(Keberaninan/ tuah/ kemewahan)
Pada Ahad, zarah-zarah akan tertumpu kepada satu kawasan sahaja berbanding hari lain yang bergerak secara rawak. Dan gerakan zarah ini akan menyamai zarah dalam air walaupun ianya zarah dalam atmosfera. Maka, sepatutnya, warna pada hari ini adalah warna putih, namun menjadi hitam kerana pergerakan zarah yang menyamai sifat air.

Hari Ahad merupakan hari yang paling sesuai untuk beristirehat. Memandangkan penyerakan zarah yang tidak stabil, pemakaian warna hitam akan mengelakkan diri dari terdedah kepada gelombang asing. 



ULANG TAHUN KE 4, KRT ZON JALAN MATAHARI, KULAIJAYA


Monday, 28 November 2011

Allah Lebih Menyayanginya.



Nor Aziman bin Malek telah dilahirkan pada 27.07.2011. Kelahirannya telah disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan oleh keluargaku terutamanya adikku kerana  dia adalah anak pertama lelaki selain 2 orang anak perempuannya. Namun dalam kegembiraan ini, tidak sampai 3 bulan kelahirannya telah dikejutkan dengan berita yang menyedihkan. Adik Azim telah dimasukkan ke ICU, Hospital Sultan Aminah, Johor  Bahru dan disahkan mengidap sakit Jantung.

Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul. Itulah dugaan dan ketabahan yang ditanggung oleh seorang  bergelar ayah dan ibu. Emah adik ipar ku tanpa rasa jemu terus berada disisi anak kesayangannya biarpun saban hari terus berjaga malam dan kadang kala tertidur hanya di atas kerusi plastic dan terpaksa meninggalkan 2 orang anaknya yang masih kecil yang baru berusia 7 dan 4 tahun. Manakala adik ku tanpa rasa penat terus berulang alik sejauh 80 km hampir samban hari demi memastikan keadaan Adik Azim sentiasa didalam keadaan yang stabil.

Hati mana yang tidak rasa bimbang dan sedih bila setiap kali hendak dihantar ke IJN (Institut Jantung Negara) seakan ada rintangannya. Sudah 3 kali tertunda disebabkan masalah kesihatannya. Pada 24.11.2011 telah diadakan Solat Hajad di Surau Kg Paya dan pada 26.11.2011 satu Majlis Doa Selamat akan diadakan, bagi memohon padaMu Ya Allah supaya Adik Azim disembuhkan dari penyakit yang ditanggungnya serta dipermudahkan segala urusannya untuk Adik Azim.

Dalam kesibukan ahli keluargaku menyediakan pelbagai juadah untuk Majlis Doa Selamat yang akan diadakan selapas solat Is’yak, Jam 2 petang, telefon ku telah berdering, seakan direntap jantungku, ku dengar esakkan tangis dari Ema sambil memaklumkan pada ku Adik Azim terlalu lemah dan tidak bergerak. Belum sempat adik ku menjawap telefon yang ku berikan, talian terputus. Malek, adikku membuat panggilan semula, aku tidak tahu berita selanjutnya. Apabila ahli kaluargaku bertanyakanya, dengan tenang adik ku hanya menyatakan degupan jantung Adik Azim kuat. Dengan rasa tenang adik ku terus bergegas ke hospital. Aku tahu dalam hatinya penuh gelora.

Selang sejam, keluarga ku dikejutkan lagi dengan deringan telefon dari adik iparku. Berdebar hatiku….. Betapa luruhnya hati dan perasaan kami bila dapat tahu Adik Nor Aziman bin Malek telah meninggalkan kami buat selama-lamanya. Berderai air mata ini tidak tertahan lagi, kami amat menyayanginya…..

Ya Allah Yang Tercinta … Pasrahkanlah kami dengan takdirMu… Sesungguhnya apa yang telah Engkau Takdirkan… Adalah yang terbaik untuk kami, Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui… Segala yang terbaik untuk hambaMu ….

Jam 9.00 pagi aku melihat dan mengucup dahinya buat kali terakhir. Sangat comel dan bersih berseri-seri wajahnya. Sekali lagi aku tidak dapat pengawal emosiku, berlinang air mataku, hanya tuhan yang tahu….  Dengan tenang adikku memangkunya dan kami sekeluarga mengiringi jenazahnya hingga ke Liang Lahat. Jam 10 pagi 27.11.2011 Nor Aziman bin Malek telah selamat di semadikan.

Segala-galanya telah ditentukan olehnya, semua ahli keluarga berkumpul untuk mengadakan Majlis Doa Selamat untuk Adik Azim tapi telah bertukar menjadi Majlis Tahlil untuknya.

Moga Rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman….  

al- Fatihah : 

 

Amin … amin Ya rabbal ‘aalamin. 



[An Nuur:64]
Ketahuilah sesungguhnya kepunyaan Allahlah apa yang di langit dan di bumi. Sesungguhnya Dia mengetahui keadaan yang kamu berada di dalamnya. Dan (mengetahui pula) hati (manusia) dikembalikan kepada-Nya, lalu diterangkan-Nya kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan. Dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.


Dalam Kenangan.......





Anugerah Terindah

{kaulah definasi cinta, kaulah episod cinta, kaulah anugerah terindah}



Kau adalah anugerah
Hadirnya mu mendamaikan

Kau adalah anugerah
Yang membawa sebait senyuman

Oh.. Hanya dikau yang di jiwaku
Oh.. Kaulah satu
Hanya kau yang satu..
ohhhh

Kaulah definasi cinta
Sebaik-baik manusia
Cahayamu mempersona

Kaulah episod cinta
Terbaik dari semua
Auramu membakar asmara..

Hanya dirimu untukku
Buat selama-lamanya..

Kaulah definasi cinta
Sebaik-baik manusia
Cahayamu mempersona

Kaulah episod cinta
Terbaik dari semua
Auramu membakar asmara..

ohhhh..

Kaulah episod cinta
Terbaik dari semua
Auramu membakar asmara..
ooo.. oo..

Kaulah anugerah
woo.. woo.. woo..

Kau adalah anugerah
Hadirnya mu mendamaikan








Friday, 25 November 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433

Persefahaman Asas Perpaduan Ummah


إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ وَالَّذِينَ هَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ أُوْلَـئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللّهِ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 218)


DOA AKHIR TAHUN

Doa akhir tahun dibaca pada akhir waktu asar tanggal 29 atau 30 Zulhijjah sebanyak 3 kali. Dengan izin Allah, sesiapa yang memabaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa selama setahun kebelakang. Doanya adalah:

Maksud Doa:
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam  kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

 

DOA AWAL TAHUN

Fadilat doa Awal Tahun adalah membenteng diri dari gangguan syaitan. Barang siapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun. Berikut adalah doa awal tahun:


Maksud Doa:
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga Allah menerima doa kita semua.

Nota: * Doa dipetik dari: Surah Yasin, Tahlil dan Doa, Terbitan Abad Sinergi Sdn Bhd, Cetakkan Kedua Disember 2009

Thursday, 17 November 2011

RM100 Macam-Macam Hal....


Hari ini adalah hari yang ke 5 agihan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2012 RM100 kepada ibu/bapa/panjaga, seperti biasa setiap hari Khamis aku akan bertugas di kaunter.. tapi hari ni lain sikit dari hari-hari biasa aku bertugas... al maklumlah kebetulan hari ini keputusan UPSR keluar.. jadi pagi-pagi lagi Kaunter telah diserang dengan Guru Besar dan Guru Peperiksaan... itu tidak menarik perhatian ku....


Tapi aku lebih tertarik dengan kes RM100 untuk agihan kepada ibu/bapa/panjaga... apa tidaknya bermula dari 11.11.11 aku dah terasa bahangnya... al kisahnya pasal RM100 ini, macam-macam hal yang berlaku. Mana tidaknya KERANA RM100....KAMI DISERBU...çKlik ) . Masa ni lah anak yang dah berhenti sekolah dan hampir 2 tahun, baru sebuk nak buat rayuan bersekolah semula. Layan je le... janji dia orang puas hati.... ni semua RM100 punya pasal? (çKlik ). And yang paling best lagi time ni le  Kerana RM100, tiba-tiba sang bapa teringat bahawa dia ada anak ...(çKlik ) kalau tidak batang hidung sang bapa yang telah tinggalkan anakpun tak pernah nampak.


Sebagai ibu/bapa/penjaga, kita seharusnya kena faham dan memberikan kerjasama kepada kepada pihak sekolah. Memanglah kalau nilai RM100 tidak banyak mana, tapi cuba bayangkan kalau satu sekolah ada 3000 pelajar. Berapa banyak sekolah kena jaga dan agihkan kepada ibu/ bapa/ penjaga. Sebab itulah beberapa prosedur dan borang kena di isi supaya agihan dapat dilaksanakan dengan telus dan tulus.  Bukan mudah untuk Agih RM100: Kementerian Pelajaran dapatkan bantuan polis (çKlik ) untuk menjaga keselamatan sepanjang agihan ini dilaksanakan. Jika setakat beratur dan mengambil masa sedikit apalah sangat. Kerana RM100 Punya Hal (çKlik ) ada yang sanggup memaki RM100 Punya Celaka...!!!! (çKlik ) . Tu lah kata orang, tak bagi salah, dah bagipun salah.


Semoga dengan RM100 ini dapat digunakan dengan sebaik mungkin untuk anak/pelajar dalam persiapan awal persekolahan 2012.